Dah bosan dengan bingkai gambar yang tergantung di rumah atau di pejabat?
Sedang mencari hiasan menarik untuk rumah baru?
Ingin menambah keserian kamar tidur dan ruang tamu?
Mahu membeli hadiah perkahwinan atau hadiah hari jadi yang unik dan menarik?
Mungkin koleksi kami yang perlu anda dapatkan!

Selasa, 22 Januari 2013

Tawaran Istimewa 'Love Clock'

Maaf agak lambat update untuk tawaran istimewa sempena ulangtahun pertama sebagai syarikat berdaftar.
Tercari-cari juga idea atau apa yang istimewa untuk dibawakan kepada pelanggan tersayang Damishqi Collection. Akhirnya, kami decide untuk bagi tawaran harga istimewa untuk Love Clock. Suka tak?
Antara sebab-sebabnya, kerana design ini sangat menarik dan sering ditanya oleh pelanggan. Idea asal design ini sendiri telah dicetuskan oleh Emi (salah seorang customer yang sangat loyal-kredit to Emi) Dialah yang mula-mula timbul idea untuk buat design sebegini. Hasilnya memang menarik. Ditambah pula gambar yang dibuat juga bewarna merah. (maaf, tulisan love tak boleh ditukar kepada warna lain yer).

Harga set ini agak mahal kerana ianya dikira sebagai 2pc(ready design)+ 1(custom design)+ editing charge.

Harga biasa set ini ialah RM 236.00 bagi saiz 46cm dan RM 186.00 bagi sz 36.5cm.
tetapi untuk Tawaran Istimewa ini, hanya RM 190.00 (sz 46cm) dan RM 150.00 (sz 36.5cm)
Antara contoh tempahan lain:
Rebutlah peluang keemasan ini. Tawaran berlansung sehingga 22 Mac 2013. Sila rujuk : http://www.facebook.com/notes/damishqi-collection-art-and-digital-home-deco/cara-untuk-menempah-personalized-photo-wall-deco-clock/463822443630129 untuk syarat gambar.

Sabtu, 19 Januari 2013

Pendaftaran Semula

Assalamualaikum, kami telah selamat didaftarkan semula di SSM pada 18/1/2013..so kenalah denda RM 20.00 sebab lewat dua hari..hu..hu..dah rezeki SSM. Sebelum tu memang tak ada masa nak pergi renew. Untuk mengelakkan kejadian yang sama akan berulang, kami telah membuat pembayaran untuk dua tahun. 17 Januari 2015 nanti baru renew semula.
Seperti yang dijanjikan, ada tawaran hebat/potongan harga di entri seterusnya..ok.

Sabtu, 12 Januari 2013

Selamat Datang 2013

,
Assalamualaikum
Sememangnya 12 hari telah berlalu semasa catatan ini ditulis. Namun rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Datang 2013.
Dengan kedatangan tahun baru ini bermakna sudah hampir 4 tahun kami beroperasi secara online.
Syukur, Alhamdulillah..sememangnya bukan mudah untuk membangunkan sebuah perniagaam secara online dan dalam masa yang sama perlu fokus pada kerjaya dan keluarga. Semoga Allah masih memberi kekuatan dan rezeki yang berterusan untuk kami.
Beberapa hari lagi kami juga bakal menyambut Ulangtahun pertama beroperasi secara berdaftar (kami sudah register di SSM mulai tahun 2012). Ini bermakna ada beberapa promosi yang akan berlansung tidak lama lagi..harap anda tunggu dan sudi menjengah kami di sini.
Damishqi Collection